Masjid di S'pura Dibuka Secara Bertahap Mulai 2 Juni

Kamis, 28 Mei 2020

SINGAPURA - Semua masjid di Singapura akan dibuka kembali secara bertahap mulai 2 Juni disejajarkan dengan garis panduan negara, menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) pada Rabu (27 Mei).

Tahap awal, ruang terbatas disediakan bagi jemaah untuk mendirikan solat secara sendirian. Ia guna memenuhi keperluan pekerja dalam tugas penting yang perlu bergerak dari satu tempat ke tempat lain dalam menjalankan tugas.

Solat berjemaah serta solat Jumaat masih terus ditunda sehingga diumumkan kelak.

Menurut MUIS dalam pernyataannya pada Rabu, pendekatan secara berhati-hati yang diambil itu memperhitungkan kemungkinan adanya kasus COVID-19 yang tersembunyi dalam masyarakat serta sejajar dengan usaha negara untuk membendung penularan virus korona itu dalam masyarakat.

Singapura dijadwalkan menarik balik langkah pemutus rantaian jangkitan COVID-19 secara bertahap, dengan fasa pertama kelonggaran. Langkah-langkah ini dimulai 2 Juni.

Sejajar dengan itu, MUIS menyataan, para jemaah perlu meneruskan usaha memastikan masjid-masjid betul-betul aman  demi melindungi masyarakat dan memainkan peranan untuk melawan virus korona. Menurutnya, langkah berjaga-jaga yang "maksimum" akan dilaksanakan di masjid demi mengelakkan "kemungkinan gelombang kedua jangkitan masyarakat yang lantas menyebabkan penutupan masjid lagi".

RUANG, WAKTU OPERASI TERBATAS

Di bawah Tahap Pertama, pada 2 hingga 7 Juni masjid-masjid akan dibuka hanya dari 1.00 tengah hari hingga enam petang saja.

Ini bermakna dalam tempo ini, kesemua masjid tidak dibuka bagi solat subuh, maghrib serta isya'.

Lima zona solat sendirian akan disediakan yang boleh menampung sehingga lima anggota sebuah keluarga untuk mendirikan solat pada satu masa.

Keutamaan diberikan kepada pekerja urusan penting. Ini termasuk para pekerja penghantaran serta pemandu teksi dan mobil rental.

"Kami menggesa anggota masyarakat lainnya yang boleh melakukan solat di rumah untuk terus berbuat demikian,"menurut pernyataan MUIS itu lagi.

"Warga manula, yang lebih mudah terpapar wabah ini, sangat-sangat digalakkan agar tidak ke masjid sepanjang fasa pertama pembukaan secara berhati-hati ini, demi keselamatan mereka sendiri. Golongan lain yang mudah terpapar seperti anak kecil juga tidak digalakkan dari bersolat di masjid-masjid buat masa ini, sejajar dengan garis panduan untuk solat di rumah" ujarnya.

Bermula 8 Juni pula kebanyakan masjid akan dibuka bagi jemaah yang ingin mendirikan solat persendirian bagi kelima-lima waktu solat. Namun beberapa masjid akan terus menawarkan waktu operasi terbatas.

TAJAKA MASJID DIBUKA, LANGKAH KESELAMATAN DILAKSANA

Layanan prasekolah yang disediakan di 15 taman kanak-kanak masjid akan dibuka semula bagi peringkat K1 dan K2  sejajar dengan garis panduan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA). Ini bagi membolehkan kanak-kanak terus belajar dan menyokong ibu bapa yang kembali bekerja.

Kelas N1 dan N2 pula dibuka semula bermula dari 8 Jun seperti ditetapkan ECDA.

Langkah-langkah pencegahan yang ketat seperti pembasmian kuman secara kerap akan dilaksanakan apabila masjid-masjid dibuka nanti.

Mereka yang memasuki masjid perlu menjalani beberapa langkah keselamatan, antaranya dengan mendaftarkan diri di bawah SafeEntry, membawa sendiri sejadah dan kelengkapan solat peribadi, memakai masker pada setiap masa dan jangan datang ke masjid jika tidak sehat.

MUIS menambah, langkah jaga jarak selamat juga perlu dipatuhi antara satu pengunjung dengan yang lain pada setiap masa.

"Kami menggesa masyarakat untuk bekerjasama dengan para pemimpin masjid untuk terus mengekang penyebaran virus dengan mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan ketika mengunjungi masjid, dan hanya datang ke masjid semasa tempoh ini jika perlu"ujar MUIS dalam kenyataannya hari ini.

"Pada masa yang sama, masjid-masjid di sini komited untuk terus memenuhi keperluan sosio-agama masyarakat dengan perkhidmatan masjid terus disediakan untuk orang ramai termasuk melalui saluran online." (TAUFIQ HUSSEIN ZALIZAN/UMMU RABBISYFINA ABDUL HAMID/berita.mediacorp.sg)